Bau peluh dan tengik minyak memaksa saya mengambil dua tapak menjauhi susuk lelaki tua itu. Tak perasan mulut terherot menahan mual dan hidung kembang kempis. Tak sedar diri sendiri bersikap kurang ajar pada makhluk Allah di hadapan saya. :(... Padahal sama-sama punyai hak atas bumi Allah ni. Sama-sama ingin dihormati.
( akal : ni homeless la ni )
( hati : tak semestinya.. entah-entah dia terjatuh tadi, pastu terpalit dgn bende-bende yang kotor..or maybe dia sesat.. or dia ada dimentia, so dia lupa mana rumah dia.. and tak boleh la take bath.)
Lama pula tercegat di hadapan rak roti. "Prominte." ( tafsir: maaf ) Tersenyum si wanita tua walaupun dari tadi saya menghalang jalan dia.
Bakul sudah sarat dengan barang-barang dapur. Mardhiah ni memang..... Kalau beli barang dapur, memang dia enjoy.. Senarai barang belian yang dibuat pada awalnya selalu tak dipatuhi ; mesti terlebih.
Terhenjut-henjut saya berjalan dengan tongkat merah satu di tangan kiri dan bakul biru sarat dengan roti, dua botol jus, telur, brokoli , halia, bawang dan bijirin di tangan kanan. Kalau saya dapat melihat diri sendiri, pasti akan tergelak. Saya tahu saya nampak kelakar. Cedera di lutut ni telah mengajar saya untuk ketawa apabila jatuh, ignorance pada pandangan pelik sesetengah orang , dan juga mendidik saya untuk menerima bantuan dan berterima kasih. Kurangkan sedikit ego .
Kata Aina, saya punyai ego yang tinggi. Saya tak menafikan. :) . Kata Dehe, tak mengapa untuk berusaha selagi boleh , tapi janganlah sampai asyik menolak bantuan orang lain. Apabila saya jelaskan yang saya malu dan tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih, lansung dia tergelak. ( Saya tidak tahu sekuat mana dia gelak. Kami sekadar berchatting. -->"Hahahaha" )
Membeli belah, saya paling tak suka pabila sampai bab membayar. Satu tangan perlu memegang tongkat,sedang barang pula perlu disusun mengikut berat dan jenis. Nanti tangan jadi tak tentu arah hendak mengeluarkan wang meskipun dompet sentiasa ada di kocek seluar. Lagi pula, barang-barang perlu dimasukkan ke dalam plastik sendiri. Setiap kali membayar di kaunter, dahi mesti berpeluh dan jantung berdegup laju.
Hari ini, ketika saya ingin membayar, saya pilih kaunter yang menjual rokok kerana kaunternya panjang. Sempatlah saya menyusun barang-barang dari awal. Tapi kakak kaunter tu, tangannya sungguh laju. Tak sempat barang nak disimpan ke dalam plastik, dia telah selesai mengira harga. Gelabah. Lansung terjatuh tongkat. Barang-barang pun tonggang terbalik.
Tongkat merah diangkat oleh tangan seorang tua.Disandarkannya ditepi kaunter. Stabil. Saya mengucapkan terima kasih tanpa sempat mendongak memandang ke matanya kerana sedang membetulkan plastik yang dipegang. Mungkin kerana saya mengambil masa terlalu lama di kaunter itu, tangan tua tadi turut membantu saya memasukkan barang ke dalam plastik. Darah mulai naik ke muka. Malu. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, tanpa memandang matanya.
Selesai membuat pembayaran, saya berpaling menghadap pemilik tangan tua itu, untuk ucapkan terima kasih dan selamat tinggal ( tafsir : Dekuji. Na shledanou ) .
Matanya hijau. Cantik .Pak cik itu membalas ucapan saya dengan senyuman . Iya, pak cik yang punyai bau peluh yang kuat dan tengik minyak itulah yang membantu saya. Sekali lagi darah naik ke muka. Malu. Saya keluar dari Albert ( kedai itu) dengan istighfar dan satu peringatan pada diri sendiri ; Don't judge people.
Semoga Allah memberi rahmatNya kepada pak cik tua itu tadi.
Saya ( bertongkat merah ) dan Mimie Yana
daa~